Wednesday, March 24, 2010

OMG! Asyfi!

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Agung Keesaannya. Aku memohon keizinan dan kuasaMu untuk menulis entri kali ini.
alala... cian aku dia.

-----------------------------------------------------------------------------



Pertamanya, mengenai tajuk entri kali ini bukanlah membawa erti;
1.baru kutemui kawan lamaku bernama Asyfi.
2.Semput melihat adikku berkarenah yang bernama Asyfi (Macam Ada sahaja?)
3. sesuatu berlaku kat Asyfi.
*Asyfi Bukan Nama Orang.


-bukan foto ini-

Kemudian Benarkan Aku susuli entri ini. Menceritakan isi sebenar entri ini.

Pada suatu ketika....
Uhuk uhuk....
            Uhuk Uhuk...
bukan promosi

Penat rasanya bila batuk menjadi suatu kekerapan.

Begitu Juga,
Srupppp....

Menyedut-nyedut cecair di rongga hidung juga suatu ujian.
lebih kurang begini rasanya =P


            Penat! Tenat!          Lemah! Pasrah!              Ya Tuhan... Tidak Tertahan....

Di kala ujian menimpaku,

terasa diri hampir dengan tuhan,
terasa diri perlu untuk hampir kepada tuhan.
kerna disini Hanya Tuhan sahaja menjadi rujukan,
tempat memohon pertolongan,
saat kesusahan, saat kesempitan,
saat kesakitan, saat kederitaan.............

Namun Dia Tetap dengan sifa Ar-Rahman....
Wahai Tuhan Sekalian Alam,
penguasa hari pembalasan,
Ya Rabb Ya Salam...

Selain Itu.... 
ouch...
eeeuuuwwwwwwww...... 

Bebiji di bibirku.... Terasa Pedih Di Kala Minum.... Di kala Makan.... Bebiji putih serlah di kala senyuman...

Satu Lagi Ujian.... Yang Wajib Ku Terima.... Sanggupkah...

Sekadar Hamba Yang Lemah... Aku Separa Tidak Sanggup Menahannya...

Walaupun....


Dah!
merepek je keje... ye ke? xde la sangat. sekadar muhasabah sahaja.

Sebenarnya... Saya cuma hendak berkongsi sesuatu buat kalian.
Semoga diakhirat kelak tidaklah dikatakan menyembunyikan ilmu pengetahuan dan pengalaman.
Maka dengan itu, Andai anda terasa diri seperti gorengan diatas.... 
bolehlah kalian mengamalkan Petua Mujarab ini.
Insya allah~ maher zain.lol


For the cure of any illness
Ayesha (R.A.) stated that when anyone among them had an illness, Prophet Mohammad (SAW.) used to rub the area of the pain reciting the following dua:
أَذْهِبِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءٌ لَا يُغَادِرُ سَقَمَاً
"O Lord of the people, remove this pain and cure it, You are the one who cures and there is no one besides You who can cure, grant such a cure that no illness remains".
"Ayesha (R.A.) stated that when Prophet Mohammad (SAW.) was ill, he used to recite the four Quls, blow on his hands and pass them over on the back and front. He also recited these surahs, blew on his hands and passed them over his body during his fatal illness".

(Bukhari, Muslim) 
*sekadar hiasan semata

Semoga Semua Mendapat Manfaat Kali Ini.
Tajuk entry ini ialah Ya Rabb Asyfi, fil lugatul malayuwiyyah Oh Tuhanku! Sembuhkanlah Aku... ! =)
TQ~ especially 2 my bff.

*posted time fever-ing.(terjemah satu-satu. Nanti faham la). 

Friday, March 19, 2010

Love Story- Swiftly post

............................................Hikayat Cinta.............................................
.............................................................
Alkisah, sebuah hikayat ada menceritakan, seorang putri sakti dinasti Teng, manis rupanya, rupawan, jelita, bermoral tinggi dan hebat peribadinya. Begitu juga dengan chemistnya.-salah satu kesaktiannya. Putri ini juga dikenali sebagai Putri Indah Binari anak kepada Sang Maharaja Teng the great.

Ruang Legar Ibu Kota Dinasti Teng Dari Luar

Sebermula, Dipagi yang hening, di suatu tempat yang berbeza pula, sebuah aksara sedang diukir diatas batu oleh seorang budiman. wajah nan indah. auranya memancar sinar bak sinar fajar subuh mengintai di ufuk bumi. daun melambai tanda angin menyapu sepi dikala ketenangan pagi.

-Aksara yang Ditulis-
Diceritakan pula, sang perawan sakti itu sudah tiba masanya. Masa untuk pihak orang tuanya untuk menjodohkannya. Hal ini disebabkan sang Maharaja tiada pilihan lain lantaran kesaktiannya itu satu-satunya diwarisi oleh si Putri perawan Indah Binari, Putri sulong baginda Maharaja Teng. Adinda si Putri perawan itu tidak dapat merasai kesaktian kerna kakanda sulongnya sudah menyerap segala kesaktian itu ketika masih dalam kandungan. Kesaktian itu terpaksa dibenar serap oleh Putri untuk menjana keterusan kehidupannya akibat komplikasi yang berlaku kesan peperangan pengkhianat.

Tidak disalahkan kerna bukan salah si Putri tersebut. Si Putri itupun tidak meminta untuk jadi begitu, namun dengan itulah, kesaktian dan warisan ditangannya. "Cantik Sungguh Hikmah Tuhan" monolog si Putri yang bernasib malang pada mulanya.

Hari demi hari, masa demi masa, detik kian berlalu. kisah tragis dahulu sudah kian dikikis waktu.
Tik Tok-KeShatRia Jam berbunyi berdetik. menandakan waktu berjalan. sudah 15tahun refra ditelinga siPutri sejak lahir.
-Jam EllmiSBeh(matahari), Teng Scitty(bandar), Dinasti Teng-
it was the time
Marvellos Marriage!
The Happy Day ever after.
Not Yet Actually.
Before That,
secara 'uruf wal 'adah masyarakat setempat, SiPutri akan kembara bersama escottnya untuk meninjau dunia. Baginda juga diiringi baginda Maharaja sebagai penasihat. namun, mereka tidak bergerak dengan istiadat alat kebesaran. cukup sekadar kelihatan orang berada. Hal ini demikian, calon buat Putri mestilah secara adilnya dipilih dalam kalangan rakyat mahupun kerabat sebagai tanda kewibawaan Dinasti Teng dalam ehwal kesaksamaan masyarakat.


Adat Manhaj manusia, sedikit sebanyak terdapat kekurangan. cara kelihatan orang berada agak kurang berkesan terutama dalam bahagian ibu kota Dinasti. Kerna terdapat sedikit sebanyak kerabat akrab Putri dan Maharaja dapat mengecam baginda berdua. Jelas sekali kehipokritan sebahagian anak pembesar. mereka bermuka-muka baik, sopan, beretika apabila berada di hadapan Tuan Putri Indah Binari. Namun, kelemahan itu ditutupi dengan membuat penapisan terbaik dalam kalangan yang terbaik. Apabila SiPutri itu tertarik akan jejaka tersebut, akan diujinya ujian demi ujian mengikut peringkat. jika peringkat pertama lulus, maka siPutri akan bertambah sayang akan jejaka tersebut. 
"argh..." keluh semua jejaka apabila mereka tidak sanggup menerima ujian yang diberi. bukan berbentuk fizikal sangat. lebih kepada mental dan spiritual. Setakat ini, jejaka ibu kota masih belum mampu menerima cabaran dan ragam siPutri menguji. mereka terlalu manja dan keikhlasan cinta mereka buat siPutri tidak kemana. Sekadar Mahu kesenangan disisi siPutri tanpa menghiraukan cinta baginda.

Sayang Seribu sayang. kesenangan itu bukanlah suatu nikmat, sebaliknya kebahagiaan dan kepuasan mendapat apa yang ada itulah nikmat sebenar. 

itulah yang dikejar hati, dipinta jasad, dirayu aqal. lihatlah, orang yang bahagia, hati, jasad juga aqal turut bahagia. dan Itulah disebalik kesaktian sang Putri. apabila difahamkan ini buat rakyatnya, tentu keharmonian itu terbina kukuh diatas lantai tapak negara. 

Kian Masa Berlalu. kembara semakin maju, melangkah ke tempat baharu, mencari calon buat Si Putri gebu.

Bedebup....

bersambung....

*february post still in the draft. coming soon~
Related Posts with Thumbnails