Monday, January 30, 2012

Cari 5 perkara Dengan 5 perkara



Syaqiq Al-Balhi berkata:"Aku mencari 5 perkara dan aku m'dptkannya dlm 5 perkara juga..


Mulakan Pagi anda dengan Keberkatan Rezki 

1.Aku Mencari keberkatan dlm rezeki, dan aku mendapatkannya di dalam solat Dhuha..

Cahayakan Kegelapan

2.Aku mencari lampu untuk menerangi kubur, dan aku mendapatkannya di dalam solat malam..


3.Aku mencari persediaan untuk menjawab soalan Malaikat Mungkar & Nakir, aku mendapatkannya di dalam membaca kitab suci Al-Quran..


4.Aku mencari tongkat sebagai alat ketika menyeberangi Shiratal Mustaqim, aku telah mendapatkannya di dalam puasa & sedekah..


5.Aku mencari perlindungan di bawah Arasy, aku mendapatkannya di dalam khalwat yakni beribadat di tempat sunyi..



Selamat Beramal..


Ingatlah sentiasa, mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis..



Wallahu'alam.. =)

Tuesday, January 24, 2012

UsiaKertas

/* Dengan Basmalah Kalam ini Tertinta */
 **************************


Tup… (suis lampu meja ditekan)

Switch Ur Life

Jam kecil berwarna merah berjarumkan jarum halus berwarna kuning menunjukkan
  12.00am.

Aminuddin masih meneruskan studynya di keheningan malam itu. Apa mahu buat, Aminuddin amat mengimpikan kejayaannya di masa muka. Wajah pngk 4.00 terpampang dimukanya. Katanya mahu berjaya. Berjaya dari pngk? Oh apakah?! Itu Aminuddin, seorang scorer in exam. Hanya erti result sahaja dia fahami. Aminuddin percaya pesan orang-orang diluar,  hendak cerah masa depan perlu berjaya dalam periksa. Perlu straight A , perlu 4.00. barulah masa hadapan cerah. Itu kata dia.

inikah yang terbaik?

Tatkala masa telah tiba, Aminuddin masuk ke dewan peperiksaan. (*maaf perasaannya tidak dapat dikenalpasti lagi). Setelah itu, dia menuju ke tempatnya, dimana no. perdaftaran dan slip peperiksaan terpapar disitu.

'Duduk' ditempat anda


Setelah itu, Ketua pengawas memberikan sedikit taklimat akan peperiksaan yang bakal dijalankan itu.
“calon-calon sekalian anda diminta mendengar dengan rapi taklimat yang akan diberikan agar tiada masalah ketika menjawab peperiksaan ini.

Pertama, calon akan diberikan dua helai kertas untuk menjawab peperiksaan ini. Calon diminta untuk mengisi semua jawapan-jawapan dalam kertas yang diberikan. Calon dikehendaki  menggunakan pen sahaja. Semua alat tulis lain tidak dibenarkan termasuk ‘cecair kertas’.

Kedua, kertas pertama dibenarkan untuk digunakan sebagai kertas conteng atau memperolehi jalan kerja. 
Kertas kedua ialah untuk diisikan jawapan. Hanya kertas kedua akan disubmit ketika diakhir peperiksaan.

Diharapkan semua calon dapat mematuhi semua peraturan diatas”

Kemudian Aminuddin mula menjawab ;

Situasi pertama:
Aminuddin memulakan dengan menyenaraikan jalan kerja dalam kertas pertama untuk digunakan dalam kertas kedua kelak ketika menulis jawapan. Kemudian kertas kedua diisinya dengan jawapan sepenuhnya.
isi dengan jawapan ya!


Situasi kedua:
Aminuddin memulakannya dengan conteng-conteng dikertas pertama kerna baginya masa inilah untuk enjoy seketika. Lagipun kertas pertama ini bukanlah penting kerna kertas ini tidak perlu diberi ketika diakhir peperiksaan. Akan tetapi ketika hendak menulis jawapan, aminuddin mengalami sedikit kesukaran kerna formula-formula dan jalan kerja tidak disalinnya di kertas pertama dek diconteng-conteng.
bes apa kalau dapat conteng macam ni. baru enjoy?
enjoykah andai gagal?


Situasi ketiga:
Aminuddin memulakan dengan menyalin jalan kerja yang salah. Walaupun dia kerap ditegur dan diberitahu oleh para pengawas mahupun rakan sekelilingnya namun dia berkeras hati untuk terus menyalin. Kemudian ketika hendak menulis jawapan dia merujuk formula-formula dan jalan kerja yang salah itu untuk mendapatkan jawapan. Ketika ini juga pun dia ditegur. Namun hati masih mahu berkeras. Terasa diri pandai.
orang yang bijak ialah orang ingat mati!


---------------------------------------

Rasanya Apabila Mengambil Result Nanti, situasi manakah yang berjaya?

Situasi dua?, terlupa matlamat. Soalan tidak dijawab sebaliknya membuat sesuatu yang tidak perlu. Menconteng kertas, untuk happy2, relax2. Sedangkan jawapan pun tidak tertulis. Seolah-olah result itu tidak keluar.

Situasi tiga?, mengejar matlamat dengan cara yang salah. Atau pun kurang jelas matlamat. Ditegur, dinasihat tidak didengar. Akhir kalam, mungkin lebih padah dari yang 2.

Situasi 1, ya! Itulah mereka yang tahu matlamat. Yang merasai periksa itu hanya masa itu sahaja. Kemudian menantikan result yang gemilang. Mereka melakukannya dengan memenuhkannya dengan jawapan dan jawapan. Itulah yang tepat!

Lihat kertas pertama, itulah masa belum baligh, masa kecil, masa cari ilmu, masa mencari solusi, formula dan jalan kerja.

Lihat kertas kedua, itulah usia kita. Adakah kita isi dengan graffiti? Kartun kanak-kanak? Atau jawapan kepada soalan peperiksaan. Pen, ya pen. Tidak dapat dipadam seperti masa lepas. Jangan disiakan kertas yang ada dengan contengan yang tidak munasabah.

So, adakah kita menggunakan sepenuhnya masa usia kita untuk mengisi jawapan kepada soalan di akhirat kelak?




(*wallahu a’lam…)
Related Posts with Thumbnails