"Bro, Nak cer sikit boleh?" tanya seorang budak itu kepada Tang."Ya, Apa salahnya," balas Tang .
"Begini Bro..." Hazim si budak itu memulakan cerita.
***
Zettttt....Zettt.... Hp Hazim bergetar. Lantas dia mengangkatnya.
"Bro, ana sudah ada di cafe," kata suara di speaker hp hazim.
"Ok, bang Meen," balas hazim.
Abang Meen, ingin membawa hazim ke sebuah masjid untuk menjaga sebuah gerai NGO. Malam itu, Masijd itu ada kuliah. kuliah tentang bumi suci, bumi haram al-aqsa. Gerai itu untuk mereka. untuk mereka yang masih tersiksa oleh rejim yang kejam. dan Kerja hazim untuk tolong bantu.
Tatkala itu, hazim terngiang2 akan kata2 seorang duta itu,
"Apa kamu hendak jawab pada akhirat kelak tatkala ditanya akan apa sumbangan kamu terhadap al-aqsa?"
Soalan itu, pada hazim bukan sekadar untuk dijawab dengan mulut dan lidah, tetapi baginya soalan itu perlu dijawab dengan anggotanya, kudratnya, buah fikirannya, malah jiwanya. Apabila terfikirkan soalan itu dengan hatinya, mahu sahaja hazim berteriak. Apakah baginya keselesaan dan kemewahan diketika aqsa dalam ancaman?
Setibanya di masjid, Hazim keluar daripa motokar Abg Meen. Dia terus menuju ke gerai menemui temannya yang sedang berkhidmat disitu. Gerai itu baru sahaja dibuka. Hazim turut membantu temannya dalam menyusun atur barangan.
"Dik, Pindah ke sini la..." Kata pak Guard Masjid sambil menunjukkan mereka ke arah sesuatu tempat.
"Disana Terang sedikit. Ada lampu, baru orang nampak", sambung pak Guard itu lagi.
Gerai itu terpaksa dipindahkan untuk mendapt kawasan yang lebih strategik-salah satu faktor kejayaan sesebuah perniagaan. Namun perniagaan ini bukan untuk untung diri tapi untuk saudara dan tanah suci haram. Syukur buat Hazim dan teman berdarahnya darah mereka ketika buat amal. Tergunanya adenosine triphosphate mereka pada perkara yang menguntungkan. Tidak sia2 juga atp mereka setelah lama mereka bazirkan sehari-hari.
Oh ya... kerja mereka bukan sahaja menjaga gerai untuk jualan dana, akan tetapi mereka untuk distribute pamplet aka flyer atau apa sahaja namanya mengenai NGO tersebut.
Pada suatu ketika, ketika hazim mengedarkan flyer,
"Assalamualaikum pak cik..." Hazim memberi salam kepada seorang pakcik sambil menghulurkan flyer yang ada di tangannya.
-bukan yang ini-
"Apa nie? Iklan karaoke?" respon pakcik itu yang berbentuk soalan kepada hazim.
Hazim tercengang... lantas Hazim membalas,
"Info pasal NGO yang membantu saudara kita di palestin pakcik".
"Yang itukah?" tanya pakcik itu lagi sambil menunjuk ke gerai mereka
Hazim mengangguk.
"Kenapa tidak pergi perang terus?" sambung pakcik itu lagi...
Hazim semakin pelik.
"Ini semua KARUT! Ini salah arab bodoh. Nak sangat berperang. Dah salah dia, buat apa nak tolong" kata pakcik itu lagi. kali ini sambungan kata-kata pakcik itu memberikan Hazim suatu gambaran yang buruk. Hatinya menggelegak sepertinya mahu sahaja meletup seperti gunung berapi dengan kata-kata larva(panas dan membuak2).
"TIDAK!!!" tegas hati kecil hazim... walau apapun bahasa dia walaubagaiman pun istilah yang diguna hazim mesti beriman dengan ayat ini...
"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini
Hazim kemudiannya membalas dengan senyuman. Mahu sahaja Hazim tegur namun baginya adalah selemah-lemah iman. membenci perlakuan tersebut. Tidak baginya mengkasari atau menyakiti hati. Itulah pohon berbuah, dibaling batu, dibalas buah. Hebat bukan?
Pakcik kemudiannya menuju ke gerai Hazim dan teman.
"Oh, apa tu?" Pakcik itu bertanya tentang mafla yang dipakai oleh hazim. kelihatan cantik, kemas dan kewl.
"Mafla pakcik. Boleh dipakai begini," semangat hazim menerangkan akan benda itu sambil menunjukkan pelbagai cara memakainya termasuk juga melilitnya dileher.
" Oh, lilit-lilit dileher pastu gantung kat kipas. Kan senang. Tak payah pergi berperang" balas pakcik tersebut.
Hazim makin terkilan. Hatinya semakin tidak tertahan. Namun itulah ujian. Dimana iman jika tanpa ujian. Lihat sahaja sistem pembelajaran dinegara ini, dimana kejayaan dan kecemerlangan tanpa peperiksaan dan ujian.
CuKup!!!!
Hazim tidak mahu lagi bercerita. takut berdosa pula jadinya.
Takut menjadi mengumpat disebalik ingin mencari teladan.
***
"Bro, apa pendapat bro?" tanya Hazim kepada Tang setelah penat bercerita.
"Entahlah... saya pun bukanlah mereka yang sepatutnya menjawab persoalan ini. Sebelum itu, apa perasaan adik ketika menghadapi pakcik itu?" tanya Tang kepada Hazim.
"Marah dan sedikit kecewa" balas Hazim.
"kalau abang ada ditempat adik abang akan berasa kecewa dan sedih. Itu bermakna kerja kita masih banyak dik. Abang kecewa dan sedih kerna usaha abang masih belum cukup. masih ramai lagi tidak tahu kerna kita tidak bergerak dengan hebat. Momentum kita masih kurang. Kita mesti meningkatkan bilangan kita agar mass kita meningkat. begitu juga dengan kelajuan gerak kerja kita, perlu pantas dan meningkat. Baru momentum semakin utuh."balas Tang
"Ingat dik, masyarakat umpama cermin kita. Bagaimana mereka itulah kita..." tambah Tang lagi..
"Terima kasih bang. Abg sudah membuka skop saya" Kata Hazim.
"sama-sama dik. Ayuh kita bergerak!" Balas Tang...
Tatkala Baginda bersedih di gua hira' melihat ummatnya ketika itu, apakah kita hanya marah menyalahkan masyarakat?