Sunday, July 4, 2010

KisaH Si KuRa-KuRa ArNab...

 .......بسم الله الرحمن الرحيم ..........



Sengaja untukku mengimbau kembali kisah lamaku... kisah yang dikisahkan pada kisah silamku iaitu kisah si arnab dan si kura-kura...



Ringkasnya, cerita lebih kurang begini;

             Pada suatu hari si arnab yang angkuh mengejek sikura-kura yang lembab itu kerna sangat lambat ber'jalan'. Pada suatu ketika, si arnab semakin menjadi-jadi lagaknya dan kemudian dia merancang untuk memalukan kura2. Dengan itu dia mengadakan perlumbaannya secara besar-besaran antara dia dan siKura2. Namun siKura2 itu sanggup menerima cabaran tersebut.


            Akhirnya, tibalah pada waktu yang ditetapkan. siKura2 itu terkedek2 hadir ke garisan permulaan. Tatkala itu, arnab memerhati dari jauh dan kemudian memintas si kura2 ke garisan permulaan. Fuhh...! dari awal lagi sudah memintas. Haiwan2 lain semuanya sudah maklum akan kelajuan arnab apatah lagi jika dibandingkan dengan siKura2 lembab itu. Ini adalah HAKIKAT! Suatu kenyataan! Suatu kepastian bahawa si arnab bergerak lebih pantas,v dan mempunyai pecutan,a yang lebih berbanding siKura... Tapi....(.. xpelah, biarkan kisah ini habis dahulu)...

             Masa itu tiba, Si Singa Si Raja Rimba menjadi pengadil melepaskan ngauman 'gegar'nya sebagai penanda bermulanya perlumbaan itu... Perlumbaan yang jelas melihatkan secara kasarnya tidak adil. Perlumbaan yang menguji kelajuan yang melibatkan mereka yang jelas 'slow'. Namun, perlumbaan itu tetap bermula. arnab itu cukup sekadar berjalan dengan gembira dan santai selesa dan meninggalkan siKura2 yang kelihatan cuba ber'lari' namun ia jauh lebih perlahan dengan jalannya si arnab. Si Arnab sangat yakin dengan kemenangannya. Maka dengan itu, dia berjalan merayau2 tanpa mengahiraukan laluan yang sebenar. setelah penat merayau, si Arnab berasa ngantuk, ngantuk melihat kura2 yang terkedek2 ber'lari' ke garisan penamat."sepertinya 'berkurun' lagi la... baiknya aku tidur. lagipun dalam masa beberapa saat sahaja aku sudah boleh memecut siKura2 yang lembab itu", monolog siRabbit. Kemudian siArnab itu ketiduran di pohon rendang bersama tiupan angin sepoi bak berada ditepian pantai dibawah payungan dedaun hijau penenang mata melihatnya, kesegaran angin kian terasa bak badai membelai jiwa raga. kondisi terbaik buatnya si ArnabAkaRabbit.


             Entah mengapa, tidur itu agak menggoda, menariknya diri siArnab untuk terus tidur dan terus tidur dengan kenyenyakan maksimum. Ingat formula ini, v=s/t, speed=distance/time. Therefore, Distance equal to speed x time. Maka dengan itu, si kura2 itu tidak tidur seperti arnab, tidak juga dia merayau. maka dengan itu, dengan nilai kelajuan yang sama(constant velocity), sikura2 itu ber'lari' menuju ke garisan penamat. As time goes on, (time increase) the distance from the initial is further(distance increase) [whereas, distance is directly proportional to time when the speed is constant]. On the other hand, the distance towards final point decrease.


              Masa itu tetap berjalan walaupun kita baring, masa itu tetap berjalan walaupun kita duduk, masa itu tetap berjalan walaupun kita tidur atau apapun kita lakukan. si Arnab mungkin lupa pasal itu. SiKura2 mendekati garisan penamat dan terus menamatkan perlumbaan dengan meinggalkan siArnab yang nyenyak ketiduran. Tatkala sorakan berbunyi buat siKura2, gelombang bunyi itu sampai ke gegendang telinga siArnab lantas diconvert ke nerve impulses dan neuron diotak Arnab menintepret. Malang seribu malang buat siArnab kerna siKura2 itu SUDAH melepasi garisan penamat. Dimana perlumbaan itu sudah tamat lantaran sudah ada keputusannya... bak kata orang, SUDAH terhantuk baru tergadah.



"itu ceritanya... mana ibrahnya? The message..." kata guru tadika pada masa itu....
"jangan berlagak..." kataku dan teman2ku sebagi respon.

Nah... Itu zaman tadika. zaman budak kecik! kalau cerita diulang pada kita adakah kita akan menjawab dengan jawapan sama? satu persoalan cepumas buat anda...

pernah ketika dahulu aku terfikir selepas cerita ini diceritakan... apa point yang besar disini sehinggakan cerita ini diceritakan dengan penuh kiasan... padaku tidak mungkin siArnab itu mahu berlari? begitu juga dengan kura yang memasuki pertandingan... dan kini aku cuba melihatnya kembali. mungkin dengan perbezaan skop. bukan skop cerita itu. tetapi skop cerita hidup kita.Suatu kiasan hidup umpama perlumbaan. perlumbaan mengejar masa. Adakah kita akan tiba pada matlamat kita sebelum masa melewati garisan penamat?

kemudian melihatkan siArnab yang pada hakikatnya berlari pantas, ketiduran, dan merayau?....! apakah ini semua... kiasan apa lagi? Tatkala melalui hidup kita, pilihan tepat untuk pantas tiba ke garisan penamat ialah the shortest distance which is must straight path and not the curvey or spiral one. Terfikir aku, kenapa perlu diceritakan arnab itu ketiduran. ngapapain enggak kebaringan, atau mungkin bersantai minum kopi susu, lepak kedai mamak ke? kerna tidur sahaja menandakan kita TIDAK SEDAR. Ya! tidak sedar. itu yang menyebabkan ummat islam yang pada hakikatnya hebat gempaq, laju. tetapi dikalahkan dengan negara tidak bertamadun pada peringkat awalanya iaitu golongan mongol. Namun, bersyukur bangun kembali. namun kini, kita sebenarnya dikalahkan dengan satu puak yang tidak bernegara pada asalnya. how ashame that! semuanya, gara2 ketiduran. tidurnya ummat yang masih belum kesedaran. terlalu nyenyak dengan dunia. mungkin mimpi ini begitu asyik. Dengan keasyikan inilah semua potensi kita hilang lenyap bak tidurnya sang Arnab ditengah perlumbaan.

Apa lagi bang, kita semua sudah besar... perlu lagikah untuk dikejut untuk bangun pagi...? sampai bila kita mahu masih bermimpi? sampi ke petang?

Anda Bijak!

maka Fikir, Fikir, dan Fikir...! 




=)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails