Friday, January 29, 2010

Bila Salah | Bila Pesalah | Bila Bermasalah



-Macam bUtEl-


Bismillah (ReFresh Niat!)

Starting...

Moga dibukakan hatiku dan teman-teman semua kearah pintu syurga yang menanti kita sejak lahir. Bukan mengagungkan syurga itu tapi akan nilaiannya disitu. [ala nisbah- BAT]

Wah… Makhluk-makhluk yang hebat. Yang diberi kuasa dan pilihan.
Memikirkan masa depan memang memenatkan kerna ia perlu dikejar memanjang.
Letih lagi memikirkan masa lalu yang terkapai-kapai tangan untuk menggapainya. Namun jauhnya bukan kepalang.
Mendapat Hari ini bukan pilihan namun menggunakannya berdasarkan pilihan, pilihan kita menentukannya.

Hari Ini Umpama Plastesin. 
Fleksibel dan berubah mengikut corak ia diubah

**********************

4i 35 A! =)

Bila Salah…

“sekali-sekala je… lepaq sudeyh…”

Ada juga

“Lantaklah… ko kesah ape? Jaga tepi kain orang je!, dah2… g men jauh2!”

Kadang-kadang…

“Manusia! Ada betul ada salah. Kita semua bukan perfect pun. So, xyah nak keco la…”

Sebahagiannya sanggup mengatakan… [nauzubillah!!!]

“ala… selamber la… xkan sume masuk syurga. Nnti kosong lak neraka.- sekadar variasi hidup”       [Amaran! agama bukan mainan! Mahupun Gurauan!]


Bila Pesalah

“Ish3… teruknya orang tu…”

“Tu dia… orang bermasalah. Jom terkam dia”

“Tengok tu… Xigt mati ka?!...”
[Bernada keras dan penuh emosi]


Bila Bermasalah…

“Ohh… ini semua kesilapan dia…!” [menuding jari kesana kesini]

Tidak kurang juga dengan ini,

“Kami mungkin silap tapi ini berpunca dari pihak itu!” [tahu kesilapan tapi merasa puncanya dari orang lain”

Ada juga,

“Engkau la! Kalau xdisebabkan kau dah lama perkara ini tak berlaku” [membantai seseorang sekeras-kerasnya]

Tidak asing juga dengan,

“Engkau/Dia/mereka itu memang bermasalah. Menyusahkan orang sejak azali lagi.” [huh.. sejak bila pulak dia menentukan takdir]

Sedikit professional,

“Disini kita jelas dapat melihat bahawa antara punca permasalahan ini adalah dari pihak sekian2… maka dengan itu, perubahan perlu dilakukan oleh pihak sekian2…  Pihak sekian2… tidak boleh menuding jari kearah kami atas kejadian yang menimpa ini. Hal ini demikian kerna pihak sekian2… adalah lebih dominan dalam permasalahan ini”

Begitu juga dengan ini,

“Pihak sekian2… perlulah bertanggungjawab atas masalah ini”


.:. pada waktu masalah semakin serius, memarah, kritikal. Semua orang seolah-olahnya mahu melenting kesana-kesini mencanang menyalahkan orang. Tidak ingatkah kita pada waktu kita melakukan kesalahan,

“Oh, tidak mengapa! Itu sudah berlalu”

Tidak ingatkah kita bahawa

Masa Kini membeli masa akan datang, begitu juga dengan masa lampau adalah pembeli masa kini

Apa yang kita lakukan ada konsequennya…

Satu lagi masalah itu berlaku jika semua bersalah dan patut disalahkan. Bukan sekadar tahu salah tapi masih melakukan padahal bila bermasalah kita juga yang melenting. STOP! Stop Bangau-ing!


  
●    ● mudah bicaranya, muhasabah dan koreksi diri. Masukkan sekali diri kita dalam senarai setiap    kali masalah itu berlaku dan Insya @JJ l semuanya akan beres…
….Wallahu A’lam….
SenyuM Selalu =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails