Sunday, June 13, 2010

Outing Jap...


Salam Brader n Sister...
Sudah lama bagiku tidak mencoret sesuatu...
teringin sungguh untukku mencoret juga. ku lihat sesawang ini hampir saja bersawang. maka dengan itu saya perkemaskan habuk2 sesawang disawang ini walaupun dengan sedikit coretan namun bukan carutan... cewwah~

----------------------**************************-------------------------
Tatkala zaman sudah sudah... Dunia makin maju.... semua nak maju.

Life Without Improving Is Nothing!

dalam era globalisasi kini, gadget elektronik sesuatu yang penting.... Maka terdetik untukku memiliki sebahagian daripada anggotanya iaitu handset dan komputer....

Maka Bergeraklah aku pada suatu hari itu, dimana negaraku gempar dengan suatu event yang besar dan grand iaitu Pesta PC aka pc fair.

Aikk.... Macam Familiar sahaja bunyi itu bukan....                           .
                                      Yesss! semestinya familiar....

Maka bergeraklah bersama teman-temanku menuju ke pc fair.(bukan dengan ktm but car-walao~)
Semasa hampir tiba disana, kami mencari parking untuk meletakkan kereta. Setibanya disana, masih belum kami temui sebarang parking yang kosong. kelihatannya semua parking penuh apatahlagi apabila event yang besar begitu pasti punyai pelbagai visitor dan tentunya jumlahnya ramai. Kemudian aku berfikir.... 

andai didunia tempat meletak kereta pun sukar dicari,
 apakah diakhirat aku bersedia dengan tempat letaknya diriku?

andai didunia kami mencari segala peluang dan ruang untuk meletak kereta, 
adakah kami mencari peluang dan ruang untuk meletakkan diri ditempat yang terbaik?

dan aku terus berfikir... dan terus berfikir....
dan terus.....
dan terus..
dan.... 

Sambung balik cerita tadi.... 
kian aku asyik berfikir, 

Tu Dia!
segamat semangat temanku menunjukkan tempat parking yang masih ber-ruang kosong. 

Alhamdulillah....
Itu ucapan mesti bagiku dan buat sekalian ummat islam apabila tiap rahmat dan rezki itu datang menimpa...
Simple(word) But Gegar! 

Apalagi, kami terus mengambil peluang yang ada dengan memasuki ruang tersebut setelah mengambil tiket. Apatahlagi ruang tersebut kelihatan 'agak berdekatan' dengan tempat kami mahu tuju.... dan masa itu... aku berfikir....
andai didunia ini pun kita mahu parking dekat, hampir dengan tempat kita tuju,
kenapa tidak kita fikir akan hala tuju sebenar, dimana tempatnya ialah mardhatillah...

andai disini pun kita mahu jalan pintas dan pantas, 
kenapa tidak kita membuat bekalan untuk mendapat pintas dan pantasnya di siratul mustaqim?

Setelah itu, kami meletakkan kereta dengan baiknya di tempat letak kereta yang disediakan. Ingat! sesuatu itu patut diletakkan pada tempatnya termasuk juga kereta agar kita tidak tergolong dalam mereka yang zalim. Kami pun kemudiannya keluar dan menuju ke pc fair -tempat yang dituju. kami terpaksa berjalan lebih sedikit dek posisi kereta dengan posisi pc fair 'agak dekat'. Disini aku terfikir, bagaimana andai perjalanan aku lebih jauh.................... tentunya akan terasa letih sedikit bukan? tapi andai aku mahu dan mesti menujunya adakah aku akan berhenti di pertengahan jalan? dan aku membayangkan hidupku....

Hidup ini umpama marathon yang sangat-sangat panjang, kadang-kadang menjadi larian berhalangan, namun tidak akan tamat masanya sehinggalah kita tiba ke garisan penamatnya. walau betapa lamanya kita berhenti berehat, kita tetap perlu menghabiskannya ke garisan penamat.... 


*entrance*
itulah adat hidup, bermula dengan pintu masuk
dan pintu masuk kita adalah syahadah

Disana aku melihat ramai orang bertimbun-timbun memenuhi ruang entrance untuk memasuki medan pc fair. Ingat lagi akan kisah ummat islam ketika fathul makkah, meriahnya mereka untuk memasuki islam. Namun, aku mahu melihat sejarah itu kembali dalam hidupku bukan untuk memasuki medan pc fair tetapi medan islam  secara kaffah.....! Dimana tanganku adalah saksi itu semua....

Kemudian untuk memasuki pesta tersebut, aku dan teman perlu naik ke tingkat 3 kerna disitulah pesta itu bermula. Lif? bukan pilihan yang baik kerna kepadatannya lebih kurang sahaja dengan sardin didalam tin...
Maka tangga adalah pilihan kami.... Sweet~ dalam menaiki tangga aku terfikir lagi.....

Dalam Hidup ini juga ada tingkat tahapnya... Bukan sahaja bangunan.
Andai tingkat bangunan ada tangganya, begitu juga hidup.

Apa akan berlaku andai saya kata saya mahu selangkah terus keatas?
tentu sahaja tidak mugkin... 
apa akan berlaku andai saya kata saya mahu langkah 4 anak tangga sekali? 
mungkin boleh, kalau saya mampu.... tapi agak memenatkan.
mungkin juga membahayakan malah boleh sahaja saya jatuh. 
andai saya jatuh begitu, tentu sahaja anak tangga terbawah adalah kemungkinan terbesar.
Begitu juga hidup... mungkin kadang2 kita mahu cepat dalam mencapai kejayaan tertinggi, tapi adakah kita melewati semua anak tangga? 
Fikir.... Fikir... dan Fikir....




*Bersambung*

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails