Monday, January 30, 2012

Cari 5 perkara Dengan 5 perkara



Syaqiq Al-Balhi berkata:"Aku mencari 5 perkara dan aku m'dptkannya dlm 5 perkara juga..


Mulakan Pagi anda dengan Keberkatan Rezki 

1.Aku Mencari keberkatan dlm rezeki, dan aku mendapatkannya di dalam solat Dhuha..

Cahayakan Kegelapan

2.Aku mencari lampu untuk menerangi kubur, dan aku mendapatkannya di dalam solat malam..


3.Aku mencari persediaan untuk menjawab soalan Malaikat Mungkar & Nakir, aku mendapatkannya di dalam membaca kitab suci Al-Quran..


4.Aku mencari tongkat sebagai alat ketika menyeberangi Shiratal Mustaqim, aku telah mendapatkannya di dalam puasa & sedekah..


5.Aku mencari perlindungan di bawah Arasy, aku mendapatkannya di dalam khalwat yakni beribadat di tempat sunyi..



Selamat Beramal..


Ingatlah sentiasa, mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis..



Wallahu'alam.. =)

Tuesday, January 24, 2012

UsiaKertas

/* Dengan Basmalah Kalam ini Tertinta */
 **************************


Tup… (suis lampu meja ditekan)

Switch Ur Life

Jam kecil berwarna merah berjarumkan jarum halus berwarna kuning menunjukkan
  12.00am.

Aminuddin masih meneruskan studynya di keheningan malam itu. Apa mahu buat, Aminuddin amat mengimpikan kejayaannya di masa muka. Wajah pngk 4.00 terpampang dimukanya. Katanya mahu berjaya. Berjaya dari pngk? Oh apakah?! Itu Aminuddin, seorang scorer in exam. Hanya erti result sahaja dia fahami. Aminuddin percaya pesan orang-orang diluar,  hendak cerah masa depan perlu berjaya dalam periksa. Perlu straight A , perlu 4.00. barulah masa hadapan cerah. Itu kata dia.

inikah yang terbaik?

Tatkala masa telah tiba, Aminuddin masuk ke dewan peperiksaan. (*maaf perasaannya tidak dapat dikenalpasti lagi). Setelah itu, dia menuju ke tempatnya, dimana no. perdaftaran dan slip peperiksaan terpapar disitu.

'Duduk' ditempat anda


Setelah itu, Ketua pengawas memberikan sedikit taklimat akan peperiksaan yang bakal dijalankan itu.
“calon-calon sekalian anda diminta mendengar dengan rapi taklimat yang akan diberikan agar tiada masalah ketika menjawab peperiksaan ini.

Pertama, calon akan diberikan dua helai kertas untuk menjawab peperiksaan ini. Calon diminta untuk mengisi semua jawapan-jawapan dalam kertas yang diberikan. Calon dikehendaki  menggunakan pen sahaja. Semua alat tulis lain tidak dibenarkan termasuk ‘cecair kertas’.

Kedua, kertas pertama dibenarkan untuk digunakan sebagai kertas conteng atau memperolehi jalan kerja. 
Kertas kedua ialah untuk diisikan jawapan. Hanya kertas kedua akan disubmit ketika diakhir peperiksaan.

Diharapkan semua calon dapat mematuhi semua peraturan diatas”

Kemudian Aminuddin mula menjawab ;

Situasi pertama:
Aminuddin memulakan dengan menyenaraikan jalan kerja dalam kertas pertama untuk digunakan dalam kertas kedua kelak ketika menulis jawapan. Kemudian kertas kedua diisinya dengan jawapan sepenuhnya.
isi dengan jawapan ya!


Situasi kedua:
Aminuddin memulakannya dengan conteng-conteng dikertas pertama kerna baginya masa inilah untuk enjoy seketika. Lagipun kertas pertama ini bukanlah penting kerna kertas ini tidak perlu diberi ketika diakhir peperiksaan. Akan tetapi ketika hendak menulis jawapan, aminuddin mengalami sedikit kesukaran kerna formula-formula dan jalan kerja tidak disalinnya di kertas pertama dek diconteng-conteng.
bes apa kalau dapat conteng macam ni. baru enjoy?
enjoykah andai gagal?


Situasi ketiga:
Aminuddin memulakan dengan menyalin jalan kerja yang salah. Walaupun dia kerap ditegur dan diberitahu oleh para pengawas mahupun rakan sekelilingnya namun dia berkeras hati untuk terus menyalin. Kemudian ketika hendak menulis jawapan dia merujuk formula-formula dan jalan kerja yang salah itu untuk mendapatkan jawapan. Ketika ini juga pun dia ditegur. Namun hati masih mahu berkeras. Terasa diri pandai.
orang yang bijak ialah orang ingat mati!


---------------------------------------

Rasanya Apabila Mengambil Result Nanti, situasi manakah yang berjaya?

Situasi dua?, terlupa matlamat. Soalan tidak dijawab sebaliknya membuat sesuatu yang tidak perlu. Menconteng kertas, untuk happy2, relax2. Sedangkan jawapan pun tidak tertulis. Seolah-olah result itu tidak keluar.

Situasi tiga?, mengejar matlamat dengan cara yang salah. Atau pun kurang jelas matlamat. Ditegur, dinasihat tidak didengar. Akhir kalam, mungkin lebih padah dari yang 2.

Situasi 1, ya! Itulah mereka yang tahu matlamat. Yang merasai periksa itu hanya masa itu sahaja. Kemudian menantikan result yang gemilang. Mereka melakukannya dengan memenuhkannya dengan jawapan dan jawapan. Itulah yang tepat!

Lihat kertas pertama, itulah masa belum baligh, masa kecil, masa cari ilmu, masa mencari solusi, formula dan jalan kerja.

Lihat kertas kedua, itulah usia kita. Adakah kita isi dengan graffiti? Kartun kanak-kanak? Atau jawapan kepada soalan peperiksaan. Pen, ya pen. Tidak dapat dipadam seperti masa lepas. Jangan disiakan kertas yang ada dengan contengan yang tidak munasabah.

So, adakah kita menggunakan sepenuhnya masa usia kita untuk mengisi jawapan kepada soalan di akhirat kelak?




(*wallahu a’lam…)

Thursday, December 1, 2011

Nice wallpaper

There you go islamic wallpaper. Maybe you'll see that it juz simple mimple wallpaper but sometime with this wallpaper will make people awake. Awake from jahiliyyah.. Insya allah. So, lets spread the good things and inhibit the bad things. Ta'muruna bil ma'ruf watanhauna 'anil munkar watu'minu nabillah.



Signs is science. Wallahu a'lam

=)

Monday, February 14, 2011

Hati dan Maintenance-nya


-selamatkan Hati sekarang-
Salam Sejahtera Buat  Semua. Semoga Hati Kalian Dipelihara dan dipulihara sentiasa.

buat Mereka Yang renovate dan menambah baik hati, insya allah boleh amalkan ini.




ada 5 perkara yang boleh kita lakukan untuk nak bersihkan atau nak ubatkan hati
 1) baca Al-quran berserta dengan maknanya sekali
 2) dirikan solat malam seperti solat tahajjud, taubat, hajat dan sebagainya
 3) berzikirlah selalu
 4) berbanyaklah berpuasa
 5) berkumpullah dengan orang soleh

Insya allah, Berkesan.

Akhir Kata, Jadikan hati anda sentiasa uptodate dan canggih dengan amal-amal Islam.
Teguhkan Tauhid dan aqidah.

Orang hebat Dari Hati Yang Hebat
jangan lupa kilatkan sekali ya!

Saturday, December 25, 2010

iS The Half Way to Success.

Mahu Kejayaan? Wish to be success?

Do This! Powerful Step!

||||
||||
\\\\////
\\//

iS The Half-way to Success.
You Should Try This.
.Selamat Mencuba =)
wallahu'alam.

Friday, July 30, 2010

.Boleh.Jadi.Tiada.Masa.


"kejapnya Seminggu Ini... Tutorial Tidak Siap Lagi, Amali Tidak Siap Lagi, Assignment Tidak Siap Lagi..
Tiada Masa hendak Berehat"

"Banyaknya kerja, tidak sempat nak buat, Mana Ada Masa untuk semua ini"

*persoalannya.... Betulkah?

Melihatkan Dunia Yang Semakin Maju Dengan Teknologinya, Era kesibukan Ultimate...


Rush!!!

Oooh... apakah ini?

Mari kita susuri apakah sebenarnya cerita ini...

Betulkah? Tiada Masa? Tiada Cukup Ruang dan Masa?

Pernah anda terfikir apakah sebabnya ini terjadi?

"Penyelesaian itu berdasarkan punca"

Apa Puncanya?
 Lihat Dibawah
Kelihatan Tidak Tersusun Bukan?

Kita LihaT Yang Ini Pula....


Kan Muat! Walaupun Bilangannya Mungkin Lebih Banyak Dari Atas Tadi.


Mungkin Juga Jadi Seperti ini... Terdapat Ruang Yang Lebih Sebenarnya...


*banyak bukan ruang kosong*
LiHaTLah... Sesungguhnya kita sedang Menyaksikannya...




Dengan Menyusun Puzzle masa, Kita Sedang Membina Dunia.
Insya Allah~

Wallahu a'lam...
Fikir-Fikir Selalu =)

Sunday, July 11, 2010

Apa Nie?


"Bro, Nak cer sikit boleh?" tanya seorang budak itu kepada Tang.
"Ya, Apa salahnya," balas Tang .

"Begini Bro..." Hazim si budak itu memulakan cerita.


***

Zettttt....Zettt.... Hp Hazim bergetar. Lantas dia mengangkatnya.
  "Bro, ana sudah ada di cafe," kata suara di speaker hp hazim.
"Ok, bang Meen," balas hazim.
 
 Abang Meen, ingin membawa hazim ke sebuah masjid untuk menjaga sebuah gerai NGO. Malam itu, Masijd itu ada kuliah. kuliah tentang bumi suci, bumi haram al-aqsa. Gerai itu untuk mereka. untuk mereka yang masih tersiksa oleh rejim yang kejam. dan Kerja hazim untuk tolong bantu. 

Tatkala itu, hazim terngiang2 akan kata2 seorang duta itu, 
"Apa kamu hendak jawab pada akhirat kelak tatkala ditanya akan apa sumbangan kamu terhadap al-aqsa?"

Soalan itu, pada hazim bukan sekadar untuk dijawab dengan mulut dan lidah, tetapi baginya soalan itu perlu dijawab dengan anggotanya, kudratnya, buah fikirannya, malah jiwanya. Apabila terfikirkan soalan itu dengan hatinya, mahu sahaja hazim berteriak. Apakah baginya keselesaan dan kemewahan diketika aqsa dalam ancaman?

Setibanya di masjid, Hazim keluar daripa motokar Abg Meen. Dia terus menuju ke gerai menemui temannya yang sedang berkhidmat disitu. Gerai itu baru sahaja dibuka. Hazim turut membantu temannya dalam menyusun atur barangan.

"Dik, Pindah ke sini la..." Kata pak Guard Masjid sambil menunjukkan mereka ke arah sesuatu tempat.
"Disana Terang sedikit. Ada lampu, baru orang nampak", sambung pak Guard itu lagi. 
   
    Gerai itu terpaksa dipindahkan untuk mendapt kawasan yang lebih strategik-salah satu faktor kejayaan sesebuah perniagaan. Namun perniagaan ini bukan untuk untung diri tapi untuk saudara dan tanah suci haram. Syukur buat Hazim dan teman berdarahnya darah mereka ketika buat amal. Tergunanya adenosine triphosphate mereka pada perkara yang menguntungkan. Tidak sia2 juga atp mereka setelah lama mereka bazirkan sehari-hari. 

Oh ya... kerja mereka bukan sahaja menjaga gerai untuk jualan dana, akan tetapi mereka untuk distribute pamplet aka flyer atau apa sahaja namanya mengenai NGO tersebut. 

Pada suatu ketika, ketika hazim mengedarkan flyer, 

"Assalamualaikum pak cik..." Hazim memberi salam kepada seorang pakcik sambil menghulurkan flyer yang ada di tangannya. 
-bukan yang ini-


   "Apa nie? Iklan karaoke?" respon pakcik itu yang berbentuk soalan kepada hazim. 
Hazim tercengang... lantas Hazim membalas,
"Info pasal NGO yang membantu saudara kita di palestin pakcik". 
      "Yang itukah?" tanya pakcik itu lagi sambil menunjuk ke gerai mereka
Hazim mengangguk.
      "Kenapa tidak pergi perang terus?" sambung pakcik itu lagi...
Hazim semakin pelik. 
        "Ini semua KARUT! Ini salah arab bodoh. Nak sangat berperang. Dah salah dia, buat apa nak tolong" kata pakcik itu lagi. kali ini sambungan kata-kata pakcik itu memberikan Hazim suatu gambaran yang buruk. Hatinya menggelegak sepertinya mahu sahaja meletup seperti gunung berapi dengan kata-kata larva(panas dan membuak2). 
  
      "TIDAK!!!" tegas hati kecil hazim... walau apapun bahasa dia walaubagaiman pun istilah yang diguna hazim mesti beriman dengan ayat ini... 
"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini
Hazim kemudiannya membalas dengan senyuman. Mahu sahaja Hazim tegur namun baginya adalah selemah-lemah iman. membenci perlakuan tersebut. Tidak baginya mengkasari atau menyakiti hati. Itulah pohon berbuah, dibaling batu, dibalas buah. Hebat bukan?

Pakcik kemudiannya menuju ke gerai Hazim dan teman. 
"Oh, apa tu?" Pakcik itu bertanya tentang mafla yang dipakai oleh hazim. kelihatan cantik, kemas dan kewl
    "Mafla pakcik. Boleh dipakai begini," semangat hazim menerangkan akan benda itu sambil menunjukkan pelbagai cara memakainya termasuk juga melilitnya dileher.
" Oh, lilit-lilit dileher pastu gantung kat kipas. Kan senang. Tak payah pergi berperang" balas pakcik tersebut.
    Hazim makin terkilan. Hatinya semakin tidak tertahan. Namun itulah ujian. Dimana iman jika tanpa ujian. Lihat sahaja sistem pembelajaran dinegara ini, dimana kejayaan dan kecemerlangan tanpa peperiksaan dan ujian. 

CuKup!!!!
Hazim tidak mahu lagi bercerita. takut berdosa pula jadinya. 
Takut menjadi mengumpat disebalik ingin mencari teladan.

***
"Bro, apa pendapat bro?" tanya Hazim kepada Tang setelah penat bercerita.
    "Entahlah... saya pun bukanlah mereka yang sepatutnya menjawab persoalan ini. Sebelum itu, apa perasaan adik ketika menghadapi pakcik itu?" tanya Tang kepada Hazim.
"Marah dan sedikit kecewa" balas Hazim.
       "kalau abang ada ditempat adik abang akan berasa kecewa dan sedih. Itu bermakna kerja kita masih banyak dik. Abang kecewa dan sedih kerna usaha abang masih belum cukup. masih ramai lagi tidak tahu kerna kita tidak bergerak dengan hebat. Momentum kita masih kurang. Kita mesti meningkatkan bilangan kita agar mass kita meningkat. begitu juga dengan kelajuan gerak kerja kita, perlu pantas dan meningkat. Baru momentum semakin utuh."balas Tang
        "Ingat dik, masyarakat umpama cermin kita. Bagaimana mereka itulah kita..." tambah Tang lagi..
"Terima kasih bang. Abg sudah membuka skop saya" Kata Hazim.
       "sama-sama dik. Ayuh kita bergerak!" Balas Tang...

Tatkala Baginda bersedih di gua hira' melihat ummatnya ketika itu, apakah kita hanya marah menyalahkan masyarakat? 





Sunday, July 4, 2010

KisaH Si KuRa-KuRa ArNab...

 .......بسم الله الرحمن الرحيم ..........



Sengaja untukku mengimbau kembali kisah lamaku... kisah yang dikisahkan pada kisah silamku iaitu kisah si arnab dan si kura-kura...



Ringkasnya, cerita lebih kurang begini;

             Pada suatu hari si arnab yang angkuh mengejek sikura-kura yang lembab itu kerna sangat lambat ber'jalan'. Pada suatu ketika, si arnab semakin menjadi-jadi lagaknya dan kemudian dia merancang untuk memalukan kura2. Dengan itu dia mengadakan perlumbaannya secara besar-besaran antara dia dan siKura2. Namun siKura2 itu sanggup menerima cabaran tersebut.


            Akhirnya, tibalah pada waktu yang ditetapkan. siKura2 itu terkedek2 hadir ke garisan permulaan. Tatkala itu, arnab memerhati dari jauh dan kemudian memintas si kura2 ke garisan permulaan. Fuhh...! dari awal lagi sudah memintas. Haiwan2 lain semuanya sudah maklum akan kelajuan arnab apatah lagi jika dibandingkan dengan siKura2 lembab itu. Ini adalah HAKIKAT! Suatu kenyataan! Suatu kepastian bahawa si arnab bergerak lebih pantas,v dan mempunyai pecutan,a yang lebih berbanding siKura... Tapi....(.. xpelah, biarkan kisah ini habis dahulu)...

             Masa itu tiba, Si Singa Si Raja Rimba menjadi pengadil melepaskan ngauman 'gegar'nya sebagai penanda bermulanya perlumbaan itu... Perlumbaan yang jelas melihatkan secara kasarnya tidak adil. Perlumbaan yang menguji kelajuan yang melibatkan mereka yang jelas 'slow'. Namun, perlumbaan itu tetap bermula. arnab itu cukup sekadar berjalan dengan gembira dan santai selesa dan meninggalkan siKura2 yang kelihatan cuba ber'lari' namun ia jauh lebih perlahan dengan jalannya si arnab. Si Arnab sangat yakin dengan kemenangannya. Maka dengan itu, dia berjalan merayau2 tanpa mengahiraukan laluan yang sebenar. setelah penat merayau, si Arnab berasa ngantuk, ngantuk melihat kura2 yang terkedek2 ber'lari' ke garisan penamat."sepertinya 'berkurun' lagi la... baiknya aku tidur. lagipun dalam masa beberapa saat sahaja aku sudah boleh memecut siKura2 yang lembab itu", monolog siRabbit. Kemudian siArnab itu ketiduran di pohon rendang bersama tiupan angin sepoi bak berada ditepian pantai dibawah payungan dedaun hijau penenang mata melihatnya, kesegaran angin kian terasa bak badai membelai jiwa raga. kondisi terbaik buatnya si ArnabAkaRabbit.


             Entah mengapa, tidur itu agak menggoda, menariknya diri siArnab untuk terus tidur dan terus tidur dengan kenyenyakan maksimum. Ingat formula ini, v=s/t, speed=distance/time. Therefore, Distance equal to speed x time. Maka dengan itu, si kura2 itu tidak tidur seperti arnab, tidak juga dia merayau. maka dengan itu, dengan nilai kelajuan yang sama(constant velocity), sikura2 itu ber'lari' menuju ke garisan penamat. As time goes on, (time increase) the distance from the initial is further(distance increase) [whereas, distance is directly proportional to time when the speed is constant]. On the other hand, the distance towards final point decrease.


              Masa itu tetap berjalan walaupun kita baring, masa itu tetap berjalan walaupun kita duduk, masa itu tetap berjalan walaupun kita tidur atau apapun kita lakukan. si Arnab mungkin lupa pasal itu. SiKura2 mendekati garisan penamat dan terus menamatkan perlumbaan dengan meinggalkan siArnab yang nyenyak ketiduran. Tatkala sorakan berbunyi buat siKura2, gelombang bunyi itu sampai ke gegendang telinga siArnab lantas diconvert ke nerve impulses dan neuron diotak Arnab menintepret. Malang seribu malang buat siArnab kerna siKura2 itu SUDAH melepasi garisan penamat. Dimana perlumbaan itu sudah tamat lantaran sudah ada keputusannya... bak kata orang, SUDAH terhantuk baru tergadah.



"itu ceritanya... mana ibrahnya? The message..." kata guru tadika pada masa itu....
"jangan berlagak..." kataku dan teman2ku sebagi respon.

Nah... Itu zaman tadika. zaman budak kecik! kalau cerita diulang pada kita adakah kita akan menjawab dengan jawapan sama? satu persoalan cepumas buat anda...

pernah ketika dahulu aku terfikir selepas cerita ini diceritakan... apa point yang besar disini sehinggakan cerita ini diceritakan dengan penuh kiasan... padaku tidak mungkin siArnab itu mahu berlari? begitu juga dengan kura yang memasuki pertandingan... dan kini aku cuba melihatnya kembali. mungkin dengan perbezaan skop. bukan skop cerita itu. tetapi skop cerita hidup kita.Suatu kiasan hidup umpama perlumbaan. perlumbaan mengejar masa. Adakah kita akan tiba pada matlamat kita sebelum masa melewati garisan penamat?

kemudian melihatkan siArnab yang pada hakikatnya berlari pantas, ketiduran, dan merayau?....! apakah ini semua... kiasan apa lagi? Tatkala melalui hidup kita, pilihan tepat untuk pantas tiba ke garisan penamat ialah the shortest distance which is must straight path and not the curvey or spiral one. Terfikir aku, kenapa perlu diceritakan arnab itu ketiduran. ngapapain enggak kebaringan, atau mungkin bersantai minum kopi susu, lepak kedai mamak ke? kerna tidur sahaja menandakan kita TIDAK SEDAR. Ya! tidak sedar. itu yang menyebabkan ummat islam yang pada hakikatnya hebat gempaq, laju. tetapi dikalahkan dengan negara tidak bertamadun pada peringkat awalanya iaitu golongan mongol. Namun, bersyukur bangun kembali. namun kini, kita sebenarnya dikalahkan dengan satu puak yang tidak bernegara pada asalnya. how ashame that! semuanya, gara2 ketiduran. tidurnya ummat yang masih belum kesedaran. terlalu nyenyak dengan dunia. mungkin mimpi ini begitu asyik. Dengan keasyikan inilah semua potensi kita hilang lenyap bak tidurnya sang Arnab ditengah perlumbaan.

Apa lagi bang, kita semua sudah besar... perlu lagikah untuk dikejut untuk bangun pagi...? sampai bila kita mahu masih bermimpi? sampi ke petang?

Anda Bijak!

maka Fikir, Fikir, dan Fikir...! 




=)

Sunday, June 13, 2010

Outing Jap...


Salam Brader n Sister...
Sudah lama bagiku tidak mencoret sesuatu...
teringin sungguh untukku mencoret juga. ku lihat sesawang ini hampir saja bersawang. maka dengan itu saya perkemaskan habuk2 sesawang disawang ini walaupun dengan sedikit coretan namun bukan carutan... cewwah~

----------------------**************************-------------------------
Tatkala zaman sudah sudah... Dunia makin maju.... semua nak maju.

Life Without Improving Is Nothing!

dalam era globalisasi kini, gadget elektronik sesuatu yang penting.... Maka terdetik untukku memiliki sebahagian daripada anggotanya iaitu handset dan komputer....

Maka Bergeraklah aku pada suatu hari itu, dimana negaraku gempar dengan suatu event yang besar dan grand iaitu Pesta PC aka pc fair.

Aikk.... Macam Familiar sahaja bunyi itu bukan....                           .
                                      Yesss! semestinya familiar....

Maka bergeraklah bersama teman-temanku menuju ke pc fair.(bukan dengan ktm but car-walao~)
Semasa hampir tiba disana, kami mencari parking untuk meletakkan kereta. Setibanya disana, masih belum kami temui sebarang parking yang kosong. kelihatannya semua parking penuh apatahlagi apabila event yang besar begitu pasti punyai pelbagai visitor dan tentunya jumlahnya ramai. Kemudian aku berfikir.... 

andai didunia tempat meletak kereta pun sukar dicari,
 apakah diakhirat aku bersedia dengan tempat letaknya diriku?

andai didunia kami mencari segala peluang dan ruang untuk meletak kereta, 
adakah kami mencari peluang dan ruang untuk meletakkan diri ditempat yang terbaik?

dan aku terus berfikir... dan terus berfikir....
dan terus.....
dan terus..
dan.... 

Sambung balik cerita tadi.... 
kian aku asyik berfikir, 

Tu Dia!
segamat semangat temanku menunjukkan tempat parking yang masih ber-ruang kosong. 

Alhamdulillah....
Itu ucapan mesti bagiku dan buat sekalian ummat islam apabila tiap rahmat dan rezki itu datang menimpa...
Simple(word) But Gegar! 

Apalagi, kami terus mengambil peluang yang ada dengan memasuki ruang tersebut setelah mengambil tiket. Apatahlagi ruang tersebut kelihatan 'agak berdekatan' dengan tempat kami mahu tuju.... dan masa itu... aku berfikir....
andai didunia ini pun kita mahu parking dekat, hampir dengan tempat kita tuju,
kenapa tidak kita fikir akan hala tuju sebenar, dimana tempatnya ialah mardhatillah...

andai disini pun kita mahu jalan pintas dan pantas, 
kenapa tidak kita membuat bekalan untuk mendapat pintas dan pantasnya di siratul mustaqim?

Setelah itu, kami meletakkan kereta dengan baiknya di tempat letak kereta yang disediakan. Ingat! sesuatu itu patut diletakkan pada tempatnya termasuk juga kereta agar kita tidak tergolong dalam mereka yang zalim. Kami pun kemudiannya keluar dan menuju ke pc fair -tempat yang dituju. kami terpaksa berjalan lebih sedikit dek posisi kereta dengan posisi pc fair 'agak dekat'. Disini aku terfikir, bagaimana andai perjalanan aku lebih jauh.................... tentunya akan terasa letih sedikit bukan? tapi andai aku mahu dan mesti menujunya adakah aku akan berhenti di pertengahan jalan? dan aku membayangkan hidupku....

Hidup ini umpama marathon yang sangat-sangat panjang, kadang-kadang menjadi larian berhalangan, namun tidak akan tamat masanya sehinggalah kita tiba ke garisan penamatnya. walau betapa lamanya kita berhenti berehat, kita tetap perlu menghabiskannya ke garisan penamat.... 


*entrance*
itulah adat hidup, bermula dengan pintu masuk
dan pintu masuk kita adalah syahadah

Disana aku melihat ramai orang bertimbun-timbun memenuhi ruang entrance untuk memasuki medan pc fair. Ingat lagi akan kisah ummat islam ketika fathul makkah, meriahnya mereka untuk memasuki islam. Namun, aku mahu melihat sejarah itu kembali dalam hidupku bukan untuk memasuki medan pc fair tetapi medan islam  secara kaffah.....! Dimana tanganku adalah saksi itu semua....

Kemudian untuk memasuki pesta tersebut, aku dan teman perlu naik ke tingkat 3 kerna disitulah pesta itu bermula. Lif? bukan pilihan yang baik kerna kepadatannya lebih kurang sahaja dengan sardin didalam tin...
Maka tangga adalah pilihan kami.... Sweet~ dalam menaiki tangga aku terfikir lagi.....

Dalam Hidup ini juga ada tingkat tahapnya... Bukan sahaja bangunan.
Andai tingkat bangunan ada tangganya, begitu juga hidup.

Apa akan berlaku andai saya kata saya mahu selangkah terus keatas?
tentu sahaja tidak mugkin... 
apa akan berlaku andai saya kata saya mahu langkah 4 anak tangga sekali? 
mungkin boleh, kalau saya mampu.... tapi agak memenatkan.
mungkin juga membahayakan malah boleh sahaja saya jatuh. 
andai saya jatuh begitu, tentu sahaja anak tangga terbawah adalah kemungkinan terbesar.
Begitu juga hidup... mungkin kadang2 kita mahu cepat dalam mencapai kejayaan tertinggi, tapi adakah kita melewati semua anak tangga? 
Fikir.... Fikir... dan Fikir....




*Bersambung*

Tuesday, May 4, 2010

ChanGe UrL... [alamak lupe nk publish!]


Bila TerJadi Sesuatu... Orang akan Tanya,



Apa? (what happen?)

-Tukar UrL BloG

pastu mereka yang bersemangat inkuiri akan tanya,



Mengapa? (why?)
-Lebih Familiar Dengan Gelaran Empunya. TenG! Ten=10 G=9 s='s=kepunyaan.. =P

Ok.. That's all...

Btw, disebalik 109= Bout' TenG ok... selamat melayari~

Hypothesis iS Accepted - The Conclusion



Successfully Tested!

Ingat Lagi Post itu?



Semacam Freak...

Ugh... Ngapain diberi nama gituan....

Ok!

Sebenarnya Successfully Tested ialah post berdasarkan uji kaji. Namun Post itu seakan tidak keruan kerna mood yang tidak stabil bukan bulan mengambang. Seterusnya, pointnya disitu akan 'lebih' jelas setelah membaca post kali ini... percayalah.... (insya allah!)



Uji Kaji Itu Bermula dengan.... tika kami menuju ke suatu tempat itu, Ban(bukan nama sebenar) meminta seorang teman kami itu untuk menguji satu tindak balas iaitu, "cuba ko tweet or update status pasal outing ni... nnti mesti dyorg bakal kata 'bukan nak ajak' 'xajak membah~' or 'memboi~', 'cmni r...' dan pelbagai lagi". Dan kami cuba. Seterusnya Hipotesis yang kami terima adalah tepat sekali... dalam masa beberapa seketika, status update teru dicomment dan mendapat respon yang dijangka. tak sangka mendapat respon yang
dijangka...



Manipulated Variable: Tweet Or Not Tweet
Responding Variable: People Comments
Fixed Variable: Place to Go, etcetetcetcetc....

*pendek citer, skang ni nk bg kesimpulan experiment... malas nk taip pagi2 buta ni...

beberapa konklusi telah dibuat:



1-Kalau ada Outing mana2 ajak sahaja orang even juz kuar nk beli kasut, groceries family, or Nak Baiki Hp, or nk Bank In Duit, beli personal thing atau sebagainya... Kalau tidak, "xjak membah~" "bukan nak ajak pun" atau berbagai-bagai lagi bahasa termasuk respon yang kurang menarik.

Bukan apa, iNilah 'ukhuwwah' yang terlalu rapat. Sampai simple thing pun nak kene ajak...............
*Membah Sejati~


2-Nice To Tell Nice To Ask... Kalo Nak citer gebang, lebih baik ajak orang dulu... xdela orang terasa hati tidak diajak..(even for simple thing)... kalo nak ikut real story, xdela gempaq mane... gebang mane... tp kerna susunan huruf dan kata menampakkan seolah2 sangatlah menarik. (for example ekspedisi pertama ke SunWay... Hari yang penuh pengalaman... Banyak Bende Burn... Parking, kejar Pak Guard, Mat India and The Sign, Rebat yang sangat MENARIK, Bangunan yang cantik, ekspedisi mencari bangunan dan U-turn, Signal, TouchNgo, Isi Minyak 2kali sekali bayar, Meniti Tangga ke luar, Slip kat tangga, Sarang dadah... ETC... macam2... ape nampak ni? sape nk tau citer2 mcm ni.... y tau oooh.... korg kuar and xajak kitorg...) kitorg da pk sume ni, and then xnk take risks ajak korg yang hebat2 utk sesuatu yang JAHIL!!! sebenarnya...



3- THINK BOUT' THE OTHERS AKA ITHAR... alhamdulillah... saya cuba memanfaatkan pengalaman ini begitu juga ujikaji yang dilakukan dan sesuatu yang rasional dan relevan. Kadang2 kita patut berkorban untuk teman2 kita... mungkin sekadar untuk meraikan mereka kita perlu kehilangan sebilangan besar wang... contohnya, saya perlu merayau ke SunWay kerna tidak mengajak mereka pada sesi pertama walaupun berbagai-bagai pengalaman tersirat disitu terpahat dihati membengkak jiwa dan rohani, namun, "untuk kau semua boleh... penuh redha dan pasrah..." belum lagi saya ceritakan tentang 70sen.

Luaskan Skop Anda dan Lihatlah Dari Pelbagai Sudut


4-Think! like u are the others.... perkembangkan skop pemikiran. disini saya terfikir... kenapa kadang2 mereka hendak tahu sangat? padahal simple thing je...
Kemudian saya berfikir, kalau saya jadi mereka... saya tidak tahu apa yang mereka tahu. hanya secebis sahaja... tentulah curios membuak2 dalam diri... even simple thing. because sume nk perfect. kalo celup mane puas. so, kalo nak citer kat org bia sampai abes... then, kalo nk ala2 ajak bek ajak terus. kalo gtau tp xjak bek xpyh... bikin panas je...

Allahu Akbar... terlupa pula apa yang hendak ditulis... kalau dulu penyakit 'masuk air' menular. maka dengan surat MC itu, saya minta bercuti menulis post ini. tapi kini sudah lama meninggalkan ujikaji itu terlupa pula apa yang hendak ditulis. Maka dengan itu jangan tanggug2... Kerana Bertangguh itu pencuri masa....and Time is Money... So, Dun Let ur money dicuri... Rugi tuh... Tibbeh!~

sorry.. have no idea rite now... My Head like Juz Flying away....


Nanti2 la... kalau dah ingat balik saya edit balik post...

 Ok La Kawan...

MyBeD calling me... MyDream waiting me... MyEyes blurring me... MyBody pulling me....

Zzz.... nk tido... esok ade kelas...


C you again next post...
*still mode masuk air kerna malam sudah tua... as the result, my post lughah not as good as TenG...
So, pasal 'lebih' jelas tu... betulla. bertambah la ck8. it suppose 2 be jelas terus tapi terlupa sumtin' la... maafla... xley nk wat ape... masuk air still menghantui diriku~ T_T

maaf... Virus masuk air tidak boleh dirawat dihospital biasa... =P

Related Posts with Thumbnails