Friday, November 27, 2009

Jangan Berfikir!



Disini saya ingin menulis tentang sepatutnya kita jangan berfikir. Maka Jangan Berfikir!
Apa? jangan berfikir? Apa yang sedang saya maksudkan dengan jangan berfikir ? walhal yang menjadi pencetus dan pemangkin kebangkitan eropah adalah para pemikir seperti Socrates, plato, dan sebagainya. Walhal kita disuruh berfikir sebelum bertindak? Kenapa tajuknya agak bertentangan?
Songsang?
Bukan3x!
Saya bukan melarang perkembangan neuron dan semangat inkuiri sebalikya saya ingin melarang berfikir dari sudut dimensi yang berlainan. Iaitu berfikir berdasarkan skop ANGAN2 yang memusnahkan.
Apa? Angan2 memusnahkan? Padahal menurut suatu kajian dijepun, kejayaan jepun memonopoli bidang teknologi dan innovasi kerana mereka banyak berangan-angan. Sama juga seperti kewujudan kota genting diatas bukit yang tidak masuk akal pada masa itu.
Bukan itu juga.
Habis… ingin menyanggah pernyataan Mari Berfikir.
Tidak juga.
Saya sebenarnya ingin menegaskan bahawa janganlah kita berfikir ‘KALAU’!
Pernahkah saudara melihat pokok KALAU di tepi pagar rumah saudara?
Tidak pernah! Sudah tentu! Kerana pokok kalau tidak pernah wujud dan tidak akan wujud. Kalau itu tiada asas tiada akar tiada batang berdiri apatah lagi membina ranting dan daun.
Kalau lah saya rajin, kalau lah saya hebat, kalau lah saya sekian-sekian… (akan perkara yang lepas)
Jangan dirintihkan akan perkara yang lepas. Adat manusia sering bersalah. Bukan untuk diungkit kembali, bukan untuk dihina oleh manusia, bukan diulang, bukan juga dirintih yang membebani diri jauh sekali untuk dibangga(nauzu billah). Sebaliknya kita perlu bersedia dengan amalan dan taubat bermediumkan mental, emosional, fizikal mahupun spitual. Andai dirintihnya setiap dosa maka tiadalah hentinya rintihan tersebut kerna hari2 manusia itu tiada lepasnya daripada dosa. Andai dirinya benar akan hatinya.
Orang yang akrab dengan seseorang itu sahaja akan mengetahui rahsia dan luahan seseorang itu. Begitu juga dengan hati Perlulah kita rapati , dekati , hampiri agar luahannya dapat didengari kerna pandangannya sahaja yang hakiki dan menjauhi majaz duniawi. Kenali hati anda dan jangan mudah tertipu dengan nafsu yang kadang-kadang menyamar sebagai hati anda. Bahaya itu. Suapilah hati anda sepertimana yang mahu lakukan buat mereka yang sangat tersayang. Biari dia sihat agar dia kuat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails