Friday, November 27, 2009

Jangan tanya

keynote

Alkisah bermula apabila satu famili aku itu, diorg mereka pergi ke kedai perabot. Nk Berhajat untuk membeli macam-macam. Kabinet dapur, rak buku, rak pinggan, sinki, katil, almari baju dan seangkatan dengannya. Huh, banyak betul! Almaklumlah, hendak pindah rumah, pendek katanya. Banyak benda kena beli terutama bahagian dapur. Hal ini demikian disebabkan ruangan dapur yang kosong tanpa kabinet, para dan sebagainya tidak seperti dapur rumah lama mereka, sudah perfect separa sempurna dilengkapi. Tidak dapat tidak, mereka terpaksa mencari kedai perabot mencari perabot bagi mengisi kekosongan jawatan ruang.

Seterusnya, bertolaklah mereka pergi ke Kedai Perabot kat di Seksyen 4,3,1,2 ‘X’. Terngiang-ngiang akan tawaran bombastic murah oleh sang Tauke kepada mereka, maka mereka dengan hepinyer sukacitanya bergerak menuju ke kedai tersebut. Setibanya mereka disana mereka terus menuju ke ruang katalog dimana terletaknya gambaran perabot idaman mereka. Aku seorang budak lelaki daripada keluarga tersebut membajet pandai mengusha-usha perabot yang ada. Lepas itu, si Budak tersebut meminta kepada waiter di sana agar diberikan katalog tersebut. Si Budak gelabah macho tersebut terus mencari gambar perabot tersebut untuk ditunjukkan kepada waiter tersebut. Dia akhirnya menjumpainya dan menunjukkan gambar tersebut kepada waiter tadi dan menanyakan tentang harganya (bajet2 xtau laaa.. padahal dalam kepalanya terbayang2 akan tawaran harga sang tauke) . Sebagai waiter, banyak benda dia tidak tahu. Maka terpanggillah sang wakil sang tauke (mungkin adik tauke kot) oleh waiter untuk bertanyakan akan harga yang ditawarkan oleh kedai tersebut. Wakil itu datang dengan selambanya. “Ya... yang mana satu?” tanya sang wakil tauke. “Yang ini!” tunjuk budak tersebut. Wakil tersebut pun mengambil kalkulator untuk bajet2 menggelabah mengira harga.

“harganya RM499 sahaja after discount” kata wakil tauke tersebut sambil menunjukkan kalkulator yang tertulis 499.

Si Budak tadi terkejut beruk. Seingatnya dahulu dia mendapat tawaran sebanyak RM399 untuk barang tersebut oleh sang tauke. Tetapi kini kenapa harganya bertambah sebanyak RM100. Hati budak tersebut penuh dengan perasaan Su’uz Zhon. “Tidak syak lagi, Ini PENIPUAN dan sebahagian taktik gelabah peniagaan mereka”, kata hati besarnya. “Oh, menyesalnya aku tanya! Lebih baik aku terus memberi tahu akan tawaran harga yang aku dapat dahulu” sentak hatinya lagi. Memandangkan mereka ada satu almari lagi ingin dibeli, dia ingin cuba membuat rundingan harga lagi buat kali kedua.

Dia mengubah topik mereka kepada mencari almari buku. Dia dan kakaknya menusha-usha katalog yang ada. Katalog yang tersusun seperti jilid-jilid buku di perpustakaan awam itu diselongkarinya untuk mencari yang terbaik. Tiba-tiba, “Ha... Yang ini!” tunjuk kakaknya kepada satu rajah didalam katalog. Dia sekali lagi bertanya akan harga almari tersebut kepada wakil tauke tersebut. “ Uncle, ini berapa harga?”, tanya budak itu. Seperti tadi wakil tadi mengambil kalkulatornya dan membuat kira-kira. “Itu lima-sembilan-sembilan,” balas wakil tauke tersebut. “Tapi uncle kasi cincai punya, RM 500!” sambungnya lagi.

“Urm... kalau aku tanya harga dua-dua itu mesti dapat harga murah sebab aku beli 2. Aku nak tanyalah!” petik hatinya dengan harapan, tanpa menghiraukan nasibnya yang tadi.

“Uncle, kalau dua-dua berapa ya?” tanya si budak tersebut seolah-olah tidak tahu walhal dalam otaknya sudah terjumlah semuanya. Tak kan mencampur dua jumlah harga tidak boleh, apatah lagi bagi mereka yang mendapat mathematic tertinggi dalam kelas. Agak mustahil bukan?

“Semuanya seribu setengah,” balas wakil tauke setelah sekian lama membuat perkiraan menggunakan kalkulator.

Terkejut budak tadi. Kalau mengikut perkiraannya yang simple sekadar otak tanpa menggunakan kalkulator tentulah RM499+RM500= RM999. Itupun kalau beli asing-asing. Dalam jangkaannya, selalunya kalau beli banyak sedikit dalam satu resit dapat diskaun tapi kenapa harganya naik? Dia bertanya sekali lagi, tetapi jawapan yang sama diterima. Kemudian, dia bertanya kembali berapa harga bagi setiap unit tersebut.

Wakil tauke itu membalas,” ini RM620, diskaun dapat RM599. Ini pula asal RM680, cincai RM599”. Hah... terkejut budak tersebut. Sejak bila harga dua-dua tu RM599. Setahunya satu 499 dan satu 599. SAH INI SATU PENIPUAN GELABAH! Tadi dia masih ingat angka 499 dalam kalulator tersebut dan dia masih ingat akan tawaran tauke tersebut kepada dia iaitu berharga 399. Dia semakin panas dan pasrah tetapi malas nak gaduh-gaduh meminta agar ditawarkan harga RM1000 sahaja. Punyalah gelabah bertambah bajet cemas, Wakil tersebut menelefon taukenye dengan berbahasa mandarin untuk mendapatkan kelulusan. Tawar punya tawar gelabah punya gelabah dia akhirnya dapat tawaran tersebut walaupun dalam hatinya panas bak minyak petrol yang sedang terbakar. Budak itu tiada pilihan kerana perabot diperlukan dengan kadar segera.

Tekad budak itu, lain kali kena tulus dan Jangan banyak tanya. Kalau sudah tahu buat gaya dah tahu. Pertanyaan tersebut hanya memakan dirinya. Hua~~~~ L L L

Kesimpulannya, ambillah i’tibar atas peristiwa yang berlaku secepat mungkin agar kita tidak menyesal banyak. Jadilah orang peka dan mudah faham akan kondisi yang sedia ada agar kita dapat menguasai keadaan bukan keadaan menguasai kita. Ingatlah bahawa kita disini sebagai khalifah untuk mentadbir bukan ditadbir. Gunalah Dunia bukan DiGuna Dunia. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails